KEJAYAAN Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil meraih tempat keempat pada Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 pada Sabtu membuktikan pasukan kebangsaan Malaysia bukan sekadar pelengkap.
Malah, barisan enam pelumba negara bimbingan ketua jurulatih, Mohd Yusof Nasir itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.
Sebaik berakhirnya Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu dengan jarak laluan sejauh 187.4 kilometer (km) itu, Malaysia muncul sebagai pasukan terbaik keseluruhan dan pasukan terbaik Asia.
Kejayaan yang diraih di bumi Darul Iman itu merupakan satu sejarah buat pasukan kebangsaan Malaysia sepanjang penganjuran LTdL sejak edisi sulung pada 1996.
"Ya... ini satu sejarah buat pasukan kebangsaan Malaysia. Kita tidak pernah meraih kedudukan pertama dalam mana-mana klasifikasi berpasukan sejak LTdL dianjurkan.
"Saya harap barisan pelumba negara akan terus mengekalkan momentum positif ini pada perlumbaan akan datang," kata Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)," Norazman Abu Samah.
Bagi kedudukan pasukan terbaik keseluruhan, Malaysia mendahului pasukan WorldTour, Astana Qazaqstan Team yang berada di tempat kedua, manakala Green Project Bardiani CSF-Faizane di tempat ketiga.
Bagi kedudukan pasukan terbaik Asia selepas Peringkat 1, Malaysia di tangga teratas diikuti JCL Team Ukyo dari Jepun dan wakil Indonesia, Nusantara Cycling Team.
"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan pencapaian ini. Ia adalah satu permulaan yang amat positif kerana kalau dilihat senarai keseluruhan pasukan, kami berjaya mengatasi pasukan hebat seperti Astana dan Bardiani.
"Saya rasa ini kejayaan ini juga adalah hadiah hari jadi (saya) yang kebetulan jatuh pada hari ini (Sabtu)," jelas Mohd Yusof yang kini menginjak usia 45 tahun.
Selain kejayaan Izzat Halil menduduki tempat keempat, Malaysia juga boleh berbangga apabila pelumba muda, Zulhelmi Zainal berjaya mengakhiri perlumbaan di tangga ke-12.
Empat lagi pelumba - Muhammad Nur Aiman Rosli di tempat ke-19; Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri (72); Muhsin AL Redha Misbah (91) dan Muhammad Zawawi Azman (100). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 23 2023
Barisan enam pelumba negara sebelum memulakan Peringkat 1 LTdL 2023 dari Kerteh ke Kuala Terengganu. - Foto Facebook PKBM/Sinar Harian
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
LTdL: PKBM, MSN perlu duduk semeja tentukan hala tuju pelumba - Jurulatih
Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka.
Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.
LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.
LTDL 2023: Babor menang peringkat keempat pada penampilan sulung
Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat LTdL 2023.
LTdL 2023: Menang peringkat perlumbaan, jersi putih kini tumpuan TSG
Peluang untuk merebut gelaran Raja Bukit tertutup selepas Nur Aiman tidak berjaya mempertahankan gelaran itu yang dirampas Simon Pellaud.
Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
SEBUAH van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.
LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.
LTdL 2023: Zawawi belum 'panas'
Muhammad Zawawi mengakui beliau belum bersedia sepenuhnya apabila tidak berhasil membuka tirai saingan Peringkat Pertama LTdL 2023, dengan keputusan memberangsangkan, semalam.
Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.